SEJARAH SEKOLAH
27 Febuari 1911
6 Disember 1914
12 Julai 1927
12 Mac 1954
27 Julai 1955
27 Julai 1956
1961
1981
1982
1 Januari 1986
1 Januari 1989
1 Januari 2012
1 Januari 2013
27 Febuari 1911
- Bermula dengan nama Sekolah Melayu Sijangkang
- Ia terletak 2 km dari sekolah yang ada sekarang, iaitu di kawasan tanah wakaf yang sekarang
- Bangunan ini dibuat secara gotong royong.
- Di sebelah belakang sekolah ini terdapat sebuah bilik yang dikenali dengan nama 'Dapur Cikgu'.
- Bilangan murid lebih kurang 50 orang dengan 5 orang guru.
- Guru besar yang pertama ialah YM Raja Yusuf b. Raja Daud.
6 Disember 1914
- Sekolah asal dipanah petir dan mengalami kerosakan.
- Sekolah dipindahkan ke tempat lain berhampiran dengan kawasan itu juga.
- BAngku dan meja yang digunakan ialah jenis panjang dan digunakan oleh murid-murid darjah 4 dan 5.
- Murid-murid lain menggunakan meja rendah dan duduk di atas lantai.
- Darjah 5 (V) bermula dengan 6 orang murid sahaja dalam satu kelas.
- Murid-murid menggunakan papan hitam kecil.
- Buku bacaan yang digunakan ialah buku bacaan jawi sahaja.
12 Julai 1927
- Sekolah berpindah ke tempat sekarang iaitu Pekan Batu Satu.
- Bangunan sekolah dibina oleh kerajaan iaitu sebuah bangunan yang mengandungi tiga bilik darjah.
- Selain itu terdapat juga dua buah rumah guru.
- Pertambahan murid semakin pesat.
- Oleh kerana bangunan yang ada tidak dapat menampung keperluan semasa, maka sebahagian
12 Mac 1954
- Seramai 90 orang penduduk kampung telah bergotong-royong untuk mendirikan sekolah tambahan.
27 Julai 1955
- Sekolah dijadikan tempat mengundi bagi Pilihan Raya Persekutuan.
27 Julai 1956
- Sekolah telah roboh akibat dilanda ribut. Pada tahun ini juga Sekolah Melayu Sijangkang ditukar nama kepada Sekolah Umum Sijangkang.
1961
- Sekolah Umum Sijangkang telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Sijangkang.
1981
- Lebih kurang satu perlima dari murid-murid sekolah ini telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan
1982
- Sebuah lagi bangunan tambahan didirikan, yang digunakan pada pertengahan tahun 1983. Bangunan
1 Januari 1986
- Jumlah murid meningkat kepada 1023 orang.
1 Januari 1989
- Jumlah murid meningkat kepada 1170 orang murid dengan 45 orang guru terlatih.
1 Januari 2012
- Penambahan murid meningkat sehingga 1444 dengan 79 orang guru terlatih.
- Penambahan beberapa prasarana bangunan sekolah iaitu surau dan kantin.
- Penambahbaikan bangunan yang sedia ada.
1 Januari 2013
- Pengubahsuaian dan pembesaran serta infrastruktur di kantin, bilik guru, pusat sumber, tandas guru dan tandas murid, bangunan PKG dan kelas.
- Pembinaan bangunan kelas baru (karbin) untuk murid.
- Menyediakan tempat letak kereta tambahan untuk guru di kawasan padang.
- Menambak padang sekolah untuk kegunaan murid.
- Membina kolah untuk murid mengambil wuduk di blok A.
- Menambah bilangan tangki air bagi menampung keperluan sekolah.
- Mengalihkan tempat parking kereta guru bagi memulakan pembinaan "Marquetent".